Tuesday, August 11, 2009

aku pembawa malang!!

hari malang aku bermula dengan bangun lewat... aku macam terdengar awan yang dah pun biru, berkata-kata "surprise!!".... tegamam aku melihat matahari yang sedang skodeng aku... dengan jurus langkah seribu yang ku pelajari tahun lalu, aku terus masuk kedalam bilik mandi dan terus membasahkan badan... selepas beberapa saat... aku rasa pelik... aku tertanya-tanya mengapa.... ohh iya... towel ku tiada bersamaku... dengan suara yang mengerikan... aku menjerit, ibu!!! ibu!!!! ambilkan towel ku... macam dalam filem si tanggang...

malang masih bergayut di tubuhku.... sebaik aku melangkahkan kaki ku masuk ke dalam sekolah, aku terpaksa berbaris di barisan LP... singkatan bagi lambat perempuan... dengan perut yang sedang mencucuk-cucuk usus ku, untuk di suapkan ke dalam mulut microorganisma... aku tetap berdiri tegak dan stay cool... kali ini, barisan LP tidak diberikan pilihan samada kutip sampah atau merit seperti sebelumnya... tetapi terus merit...

malang berterbangan di sekelilingku. aku dengan sabar menunggu giliranku untuk menulis nama dan no. id.. tiba saat orang didepanku untuk menulis namanya, dia hanya diberikan kertas, tiada alat tulis.... dia mengeluarkan pena yang bersaiz kecil dan mula menulis... tetapi tiada setitik ink pun yang keluar dari kepala pena itu. aku terpaksa menurunkan begku dan mengambil pena sarawak ku, dan mensyorkan pena ku kerana orang di hadapanku itu melihatku semacam ja... apabla dia mula menulis, situasi yang sama berulang... aku sekali lagi terpaksa mengeluarkan beg pencil ku untuk mengambil pena kiut ku.. tetapi orang itu telahpun menulis namanya menggunakan pensel... aku menulis namaku dengan pantas seperti katak melompat... lalu memberikan kertas tersebut kepada orang yang seterusnya tanpa penku...

aku bertemankan si malang yang membawa malang kepada sahabat ku... [kasihan] setelah beberapa minit kelasku mempelajari topik isu remaja dalam mata pelajaran PJK, malangku mencapai tahap yang tertinggi, yang akan meremangkan bulu roma orang yang melalui peristiwa yang sebaris denganya... drawing set sahabatku telah mengalami kecacatan keranaku... aku dengan serius mencadangkan sahabatku untuk menggam bahagian yang cacat itu menggunakan gam gajah, tetapi dia mengetawakan aku.... segala bulu romaku menari-nari dan berlagu.. "muahahaha.. mati kau kana krajakan"... selang beberapa minit, aku mencacatkan lagi drawing set sahabatku ke aras yang merbahaya, dan tak dapat diselamatkan... aku dipaksa untuk membayar cukai  serta ganti rugi bagi segala-gala yang aku cacatkan... dengan desperatenya aku tidak bersetuju dengan tawaran-tawaran hebat sahabatku...

si malang merasuk diriku. perutku mula memainkan lagu yang kita akan dengar sebelum atau semasa atau selepas hujan. perutku juga sedang mencuci usus-usus ku yang mengandungi digested food dengan menggunakan berus besi berkarat... aku menuju ku meja makan berhasrat untuk membuka tudung dulang untuk melihat makanan petangku.. setelah aku sampai, aku terhenti, kerana tiada tudung dulang di atas meja makan rumah ku...  aku membuka  almari yang sepatutnya mengandungi  makanan ringan terutamanya mee maggi dll .. tatapi aku kecewa kerana aku tidak menjumpai harta yang aku mau... aku membuka peti kutub utara untuk melihat kandungannya... alhamdulillah.. aku menjumpai sebatang sosej... dengan terharunya aku membelah dua sosej itu dan memotong silang yang menyerupai roti bakar... kegembiraan ku terbantut kerana nasi yang ada di dalam kawah nasi dihuni semut-semut merah dan hitam yang bekerjasama...

cahaya menerangi hari ku... semasa dalam kesedihan... aku menjumpai sepinggan nasi yang di tutupi pinggan... hati ku sangat gembira dan berdegup seperti orang menukul paku...

akan bersambung jika ada sambungan cerita di waktu gelap area ku

1 comment:

  1. hey hey hey nurathikah...
    lbh baik kau bayar
    sblum aku buat kplamu mcm epal..
    klo ko tidak mau byr..
    aku akn potong2 buah epal..
    kau tau sdh aku mengluarkan RM 80 tuk bli bnda itu,,
    itu pun lue x mau byr ka..

    ReplyDelete

You can leave your backlinks: <a href="URL">Title</a>

W3Counter