Wednesday, August 05, 2009

Cinta dan Persahabatan


Aku adalah seorang yang penyayang
Sahabat aku adalah orang yang paling aku sayang
tapi aku tidak tahu siapa sahabat aku
atau mungkin aku tidak memahaminya...

cinta dan persahabatan. apa kenamengena cinta dengan persahabatan?
kedua-duanya adalah perasaan...
perasaan yang sangat kuat, yang kadangkala tidak mampu aku kawal..

Aku melakukan kesalahan, kesalahan yang sangat besar sehinggakan aku terpaksa munutup hatiku. Kesalahan ini telah membuat aku menjadi takut untuk membina kembali jambatan persahabatan yang musnah di dalam diriku. Apa yang berlaku?

Tikaman dari belakang oleh seorang yang bergelar sahabat, merupakan pengalaman yang sangat-sangat-sangat pahit.. Ya.. mungkin aku terlampau sayang akan sahabat aku ini, sehingga aku terlupa yang kami adalah insan yang berbeza.

Terluka hatiku apabila sahabatku ini mula menikam aku yang berada di dalam kekusutan. Hairan. Aku tidak pernah membantahnya, aku hanya redha.. Sahabat ini seperti tidak mengerti/memahami perasaanku, padahal dia tahu perasaanku.. my only heart, and she took it from me..

Tahniah... sahabat ini mengambil kesempatan di dalam kekusutan... Pantas seperti kilat, aku sendiri tidak tahu bila iya berlaku, sekelip mata sahaja, she took my first heart away.. peristiwa ini mengubah diriku. Aku tidak seperti dulu, seorang yang menyayangi/mementingkan sahabatnya daripada nyawa sendiri.

 

No comments:

Post a Comment

You can leave your backlinks: <a href="URL">Title</a>

W3Counter