Tuesday, November 10, 2009

perisai berkarat [ego?]

Perbalahan berlaku kerana attitude negatif manusia yang melampau. Manusia tidak pernah dijadikan dengan penuh kesempurnaan, tetapi jika seseorang itu mempunyai kesedaran diri dan bertekad untuk memperbaiki kekurangan dan masalah yang ada pada diri mereka, sememangnya mereka akan dihormati dan dikagumi oleh orang lain.

Manusia makhluk yang paling mulia, di anugerahkan akal fikiran. Sedihnya, akal itu tidak digunakan sebaiknya, samalah seperti binatang, tidak mempunyai akal fikiran. Kita sepatutnya belajar daripada kesilapan-kesilapan lampau kita, untuk menjadi seorang yang lebih baik, tetapi ada pula di antara kita tidak pernah mahu ataupun cuba untuk memperbaiki diri mereka. Mungkin mereka bangga, menjadi role model buruk kepada generasi baru. Mungkin mereka merasakan diri meraka cukup hebat untuk meneruskan kehidupan. Namun realitinya, mereka tidak mempunyai 'kaki' untuk berdiri di atas bumi realiti.

Manusia perlu sedar dan menapis segala perlakuan yang mereka lakukan dan percakapan yang  mereka katakan serta memperbaiki diri mereka sendiri dahulu sebelum dapat memperbaiki orang lain, kerana manusia memang berakal dan akan sentiasa mencari kekurangan orang lain daripada kekurangan diri sendiri. Terima sajalah kritikan yang keluar dari mulut seseorang itu dan renungkan kerana mungkin hidup seseorang itu akan menjadi lebih baik jika bertolak ansur.

No comments:

Post a Comment

You can leave your backlinks: <a href="URL">Title</a>

W3Counter