Monday, February 01, 2010

Wilayah Kecilku

betapa kuatnya keinginan aku utk berblog hari ni. tapi masalah aku ialah tiada apa yang mampu utk aku luahkan hari ni tentang hidupku, kerana hidup ku hari ni sama saja dengan semalam. hanya makan 3 jenis durian saja yang membezakan.

Semalam dan hari ini, aku menonton berita nasional. dan apabila sahaja nama wilayah aku ini disebut, aku sentiasa teruja. Tapi, aku tahu, apa yang akan aku lihat ialah apa yang selalu aku lihat di hari-hari sebelumnya. Deskripsinya ialah 'bertambah maju'.. what the...

maju? dengan projek projek terbengkalai?, hanya pandangan tambahan. Tapi bagi aku, pembanggunan wilayah aku sangat jauh ketinggalan dari wilayah KL & PJ.. ya aku tahu, Labuan mempunyai Malaysia's ultimate IOFC Center atau UK, KL ada PERTRONAS KLCC and PJ pula terlampau banyak sampaikan aku tak dapat senaraikan. pembanggunan di Labuan memang memakan masa. dan rasa rasanya itu tidak akan menjadi keutamaan di sini.

Memang banyak projek yang sedang di jalankan. aku pun suka bila mata ku melihat rangka rangka banggunan. tetapi sering saja mataku melihat projek tebengkalai. Kalau ikutkan khabar berita, jambatan labuan ke seberang, Sabah, sepatutnya bermula pada 2010, tetapi masih tidak ada berita yang datang, sunyi dan sepi.

Alahai Wilayah ku, cepat-cepat la kau membangun. tidak lah sia-sia daddy ku mehentak meja menteri satu ketika dahulu. Hanya utk menjadi Wilayah Persekutuan Labuan.

Salam 1 Malaysia. 1Wilayah Persekutuan Maju dan Sejahtera.

No comments:

Post a Comment

You can leave your backlinks: <a href="URL">Title</a>

W3Counter