Saturday, March 27, 2010

komunikasi itu penting

dalam sesi soal jawab, ujian lisan bm lepas, kumpulan ath terima satu soalan yang memaksa kepala otak ath ni bergerak dan tidak akan berhenti berputar selagi ath tidak meluahkan segalanya. Soalannya '....cara terbaik selain berkomunikasi untuk bla bla bla' kira begitu la soalan nya. Nasib baik ath tidak memuntahkan pendapat ath yang entah laa bagai mana untuk di ungkap.. so kita pergi ke topik sebenar-

Pendapat ath la kan. Komunikasi itu tidak dapat lari daripada kehidupan kita, manusia. Iya la, bagaimana kita boleh hidup tanpa berkomunikasi? Rakan sekumpulan ath menjawab cara lain selain berkomunikasi adalah dengan beriadah (mind that our topic in the ulbs is "gejala sosial dlm kalangan remaja"). Jadi, bila rakan ath habis menjawab soalan itu, ath pun terpikir lebih dramatik lagi.

Beriadah, adakah itu bermksud tanpa berkomunikasi. ya, ath tahu pendapat ath ni mungkin sukar diterima.. Tapi, katakan lah kita sedang beriadah, tanpa sebarang interaksi, komunikasi yang menampakkan kepekaan kita terhadap anak-anak. Bukankah itu satu aktviti yang sia-sia? Kita mensia-siakan masa, tenaga & segala-galanya.

Komunikasi bukan hanya duduk bedepan untuk bercerita tentang kehidupan. Kita hantar sms dekat bapa pun kira komunikasi. Orang zaman batu yang hanya "uuu.. uuuu. a!" juga komunikasi. Jadi kenapa perlu dipersoalkan tentang komunikasi?

Jika ath pemberi jawapan kepada soalan itu, ath akan jawab, tiada cara terbaik yang lain selain berkomunikasi.

No comments:

Post a Comment

You can leave your backlinks: <a href="URL">Title</a>

W3Counter