Wednesday, April 07, 2010

semua kerana masa

tinggal enam bulan lagi aku akan duduk menghadap helaian kertas yang bakal mengubah kehidupan. dalam masa enam bulan lagi jugalah aku akan melangkah keluar meninggalkan alam persekolahan. mungkin aku akan terus berlajar, tapi tidak mungkin seperti sekarang..

teen life is joyful life.. it is the best life one ever had. Walaupun aku tidak selalu merasakan keseronokkan hidup sebagai remaja, tapi aku rasa hidup sebagai remaja lah yang paling best. I wish i never left the teen life.

Orang dewasa... selalunya mengejar harta.. bukan kerana duit segala-galanya.. tetapi segala-gala di dunia perlu duit. mungkin mereka ingat itulah realiti kehidupan. bagi aku 'Kehidupan' kah itu semua. Aku tidak suka membuat sesuatu yang sia-sia. Kadangkala aku merasa mengejar harta juga satu yang sia-sia. Kerana... kenapa perlu mengejarnya, jika kita tidak memerlukannya..

aku tidak mahu hidup dalam kemewahan. Aku juga tidak mahu anak-anak ku hidup dalam kemwahan. Biarlah mereka sendiri mencapai kemewahan itu sendiri.

Mungkin ada yang berfikir yang aku ini seorang yang tidak suka bekerja. Ya, fikiran ku akan sempit jika bekerja. Apa lagi jika kerja itu sesuatu yang aku tidak minat. Jadi aku akan sentiasa mengibaratkan kerja sebagai satu permainan yang hanya ada 'game over' ataupun reward di akhir permainan.

aku tidak tahu apa yang bakal terjadi kepada ku pada tahun-tahun yang akan datang. Hidup tanpa cita-cita, memang mengelirukan. Tapi, bagaimana harus ku cari cita-cita ku? Jikalau pun aku decide cita-citaku, adalah itu cita-cita yang ku cari? aku masih keliru dengan apa sebenarnya yang ku cari selama ini.  Hanya masa yang akan menetukan.

Kejam kah masa? Kerana masa aku meninggalkan hidup yang paling ku sayang. Kerana masa juga aku bakal menggengam apa yang aku cari selama ini.

No comments:

Post a Comment

You can leave your backlinks: <a href="URL">Title</a>

W3Counter