Thursday, May 06, 2010

How To | Pam minyak

kenapa?.. adakah kerana aku seorang Budak Perempuan yang kelihatan innocent[?] atau memang procedure stesyen minyak begitu, membuatkan aku tidak dapat untuk memegang pam minyak?.. bila aku keluar sahaja dari kereta, mesti budak pam minyak sebok-sebok 'tolong' pam kan.. bikin kacau saja.. aku pun mau feel.. bukan selalu dapat pam minyak.. huhu.. jadi hari ini aku akan bagi tahu bagaimana untuk pam minyak... X.X

Hari ni guna diesel esok guna petrol.
Pilih pam yang betul! Kalau engine kereta pakai petrol.. pilih la petrol, jangan try-try(macam staie kan) guna diesel. Inalillah la engine kereta...

Ehh mana tangki nya...?
Sila survey dimana tangki minyak kereta baru anda sebelum parking di mana-mana stesyen minyak... it's very memalukan dan frustrating bila tersalah side..

Ingat No# Parking Lot anda
Bayaran selalunya self-service.. perlu jumpa cashier dulu. So, kalau anda bagi no lot yang salah anda sedang memberi minyak free kepada lucky man.. huhu

Buka dulu tangki minyak anda
jarang orang lupa untuk buka tangki minyak.. tapi untuk mengelak kes kecurian/kehilangan sila simpan penutup tangki di tempat yang boleh dilihat!

Masukkan pam(nozzle) ke dalam tangki minyak anda
Iyalah.. kalau tak masuk macam mana nak isi.. kan?

Tembak!
tekan 'picu' 'pistol minyak' untuk mula mengepam minyak ke dalam tangki kereta anda..

Ada lebih la...
'hentak' pistol minyak dengan tangki minyak anda sebelum mengeluarkan 'pistol minyak' tersebut.. bagi mengelakkan pembaziran.

Pistol not for sale
Sila masukkan kembali pistol minyak ke dalam 'sarung'nya sebelum beredar dari stesyen.

Alamak! Lupa tutup tangki!
Itulah, sudah ku cakap kan.. simpan tuu penutup dapan mata..  

for safety: pam minyak sangat merbahaya jika kita tidak mementingkan keselamatan.. sila tutup engine kereta anda sebelum mengisi minyak, matikan telefon bimbit, jangan merokok dikawasan stesyen minyak dan sila discharge static electricity dari badan anda.

No comments:

Post a Comment

You can leave your backlinks: <a href="URL">Title</a>

W3Counter