Saturday, March 05, 2011

anti anti anti. Kutuk!Hina!Maki!

Okey fellow readers!
Dalam dunia siber ni, mesti kamu tidak pernah Tidak jumpa atau Terjumpa website/blog/forum/group & page di facebook/komen di mana-mana (dll) yang mengutuk/hina/maki (dll) negara/agama/bangsa/orang perseorangan. Jadi pembaca sekalian, aku ingin tanya kepada kamu, kalaulah kamu terjumpa apa-apa yang sudah aku sebutkan tadi, apa rasanya reaksi dan tindakan yang kamu buat?

Well, inilah yang aku nampak sekarang ni:
Balas Balik
Si Jahanam kutuk negara kamu, Kamu kutuk lagi teruk dengan fakta jahanam mencurah-curah. Walaupun niat untuk menyedarkan si Jahanam, tapi kamu juga sedang mengutuk Negara orang.
Share!
Nothin better than Iklan Free. Si Jahanam terang-terang nak expand pengaruh dan populariti, kamu pula bagi iklan free. Kononya mahu bersama-sama berganding bahu dengan Rakan-rakan untuk menambah dosa mengutuk/hina/maki.

Jangan cakap aku tidak peduli tentang negara, agama dan bangsa aku. Mestilah aku peduli. Tapi kutuk-kutuk? hina-hina? maki? hmmm.... dengan cara yang satu dunia boleh perhati... Aku sangup berdiam diri daripada dilihat seperti masyarakat yang tidak bertamadun di mata dunia.

Sini aku bagi kamu Idea untuk tidak masuk campur dengan benda-benda macamni.
Jangan pernah cari. hekeleh! kalau kamu cari confirm lah kamu satu species dengan Jahanam-jahanam tu.
Jangan Try buka link. Kalau ada orang buat iklan panas yang free, please, tolong! jangan try buka. Lebih lagi kalau kamu yang jenis baran/pantang apa ka...
Jangan sebarkan. Hehehe... lepas kamu sudah puas baca atau ikut menjahanam, tak payah bawa kawan join sekali. Dosa.
Jangan Tambah Api. Orang Jahanam suka Api.. banyak api lagi si jahanam suka. Sebab, bila kita pergi masuk website,weblog, atau apapa lah, lepas tu tinggalkan komen jahanam. Fulamak, maksudnya si Jahanam sudah menang pusingan pertama. 

Percayalah. Meraka lebih happy bila kamu ada bersama.

p/s: kalau nak balas/tinggalkan komen, jangan bagi jahanam. Tinggalkan doa selamat pun sudah cukup.

No comments:

Post a Comment

You can leave your backlinks: <a href="URL">Title</a>

W3Counter