Thursday, March 10, 2011

Mencari seorang Teman

Salam sejahtera. Satu, dua tahun dulu, mungkin aku pernah tulis tentang diri aku yang memang Tiada langsung skill dalam bersosial. Memang betul, dan aku masih belajar untuk bersosial.

Masalah aku, ialah, aku tidak pandai bermadah, bertutur kata. Lidah aku dah jadi batu. Bila aku bersuara, mesti ada yang terasa, sebab aku tak pandai nak kontrol ayat yang keluar dari bibir sendiri. Waktu aku kecil, aku tak ada sahabat berbicara. Ibu bapa, sibuk dengan hal sendiri. Adik beradik aku, juga sama, tiada masa untuk Bersosial dengan adik. Boleh dikatakan komunikasi=0.

Baru beberapa tahun lepas aku berani membuka bicara mencari sahabat. Sakit hati aku apabila aku sedar yang hidup aku sebelum ini kosong. Tapi aku tidak menyesalinya. Kerana aku tahu, kalaupun aku mempunyai seorang sahabat sekarang, dia tidak akan selamanya bersahabat dengan ku.

Seorang sahabat memang sukar dicari. Aku tidak pernah memilih, aku mencari kawan di kalangan semua yang ada. Mereka yang menerima aku sebagai rakan, tak pernah aku hindar. Tapi ada juga yang ingin saja mahu berlari bila aku menghampiri. Aku paham, aku tidak diingini. Tapi mengapa harus dirahsiakan ke tidak inginan itu? mengapa tidak mengaku sahaja?

ahh. aku sebenarnya sudah keluar dari tajuk asal, tapi biarlah.. aku ingin bercerita tentang ini.

Aku hanya ingin semua tahu, yang aku ikhlas dalam bersahabat. Tidak kisahlah siapa dia, asalkan dia juga ikhlas bersahabat dengan aku. Bahagia rasanya bila bertsahabat, apalagi bila bertemu dengan sahabat baru, aku akan berdoa, Biarlah sahabat baru ini kekal menjadi sahabat aku.

No comments:

Post a Comment

You can leave your backlinks: <a href="URL">Title</a>

W3Counter