Friday, July 24, 2015

Botol Susu

Aku baru saja log masuk ke deviantArt aku yang dah lama aku tingalkan. Mula-mula aku rasa berdebar. Hehe. Sebabnya, dulu aku selalu menghabiskan masa aku dalam deviantArt. Ikut sama dalam komuniti di sana, bergaul dan buat sedikit/sebanyak aktiviti. Selalunya aku ikut saja giveaway dan contest kecil-kecilan, maklumlah aku bukannya ada kerja yang hendak disiapkan.

Botol Susu ini, aku dapat dari art giveaway oleh miIkmaid. Rupa botol ni dirujuk kepada karakter anime, Jinrui wa Suitashite Shimashita, iaitu Oyage atau Voyager. Karakter  adalah sebuah satelit yang secara tiba-tiba mendapat tahap kesedaran seperti manusia, dan berubah rupa ke humanoid.

Aku sangat sukakan karekter itu. Walaupun ianya tidak logik di akal fikiran tentang bagaimana ianya berlaku, aku tersentuh dengan cerita Oyage. Dia dapat merasa—perasaan—dan kehangatan bila dia berada di bumi. *menagis


ini Oyage yang aku lukis. hehe

No comments:

Post a Comment

You can leave your backlinks: <a href="URL">Title</a>

W3Counter