Saturday, August 08, 2015

Sarung

Hello, aku athime @ ath. Aku rasa aku tak ada pendirian yang tetap langsung. Hah. Aku suka tulis entri weblog & buku log! Kadang-kadang tu aku suku menulis dalam Bahasa Melayu, kadang-kadang bahasa pasar, kadang-kadang manglish, kadang-kadang Inggeris. 

Tapi sebenarnya, aku tak petah bercakap dalam mana-mana bahasa tu pun. Mungkin sebab aku ada masalah sosial yang melampau. Mungkin aku seorang pemalu yang tak bertempat, atau pemalu sepanjang masa. Apa-apa sajalah. 

Kami di rumah selalunya berbual dalam Bahasa Melayu, hanya sedikit istilah Bahasa Melayu Brunei kami gunakan. Aku sekali-sekali tak faham apa yang mereka sembangkan. Bukan sebab aku tuli, tapi sebab aku betul-betul tak faham kerana terlampau laju. Kadang-kadang tu aku terpaksa proses seminit dalam kepala otak aku, tentang apa sebenarnya yang sedang dikatakan.

Sama jugalah dengan Bahasa Inggeris. Orang kata, aku pandai 'speaking', cantik! tapi sebenarnya aku terlebih gagap kalau bertutur dalam bahasa tu. Hanya semasa aku baca teks/buku/berita saja yang aku tak gagap. Kalau bahasa Melayu pun aku perlu proses dalam 1 minit, bahasa Inggeris aku proses dalam 10 minit!

Kalau aku bercakap bahasa Melayu pula, ayat tunggang langgang. Orang lain ingat mesti aku terbuat-buat ayat macam tu. Sebenarnya, memang masalah lah! HAH!!

--

PABM was an event that we here in this household-or it might have just been me- always looking forward every year. Hey we don't sub to astro, not much program that worth the wait! This one though is very interesting. I usually watch it with my father in the background either listening to it or multitasking while playing sudoku, but he isn't here this year and my sister aren't interested. That wont stop me bugging her with my commentary though. Hah!

--

This is my favorite sarong.

Serai ....uhm... lemongrass, pandan and my-father-unidentified-and-still-not-bearing-fruits in the background. The end. 


No comments:

Post a Comment

You can leave your backlinks: <a href="URL">Title</a>

W3Counter