Monday, February 01, 2016

Sebak Kucing Terbuang

Orang kita memang sukakan dengan benda2 comel dan berbulu tebal macam kucing. Bila kucing mula beranak pinak, awalnya mereka pun ikut suka. Bila anak kucing baru membesar sedikit, mulalah rasa geli, menyampah dan sebagainaya.

Ingatlah wahai makhluk2 yang berakal, anak2 kucing itu masih lagi bayi. Walaupun mereka membuang sana-sini kita manusia yang ada akal ni masih boleh mengajar anak2 kecil ni. Jangan sebab kerana malas anak2 yang tidak bersalah itu kamu buang merata jalan. 

Kenapalah nyawa makhluk itu diperkecilkan. Bagi aku mereka semua tu sama sahaja dengan budak2 terbiar yang tiada tempat tinggal. Hanya sebab najis saja kamu sudah geli, bila kamu yang melahirkan anak tu, anak kamu tu tidak tahu pun dimana tandas.... nak buang juga kah anak tu?

Kalau sudah tak mampu untuk bagi perlindungan dengan kucing2 tu pun, jangan lah sampai buang di tepi jalan. Cari kan lah mereka tempat yang sesuai. Tempat mereka dapat hidup tanpa ada bahaya 24 jam seminggu.

Aku menyampah bila jumpa orang macam ni.

2 comments:

  1. Saya suka kucing tapi belum cukup bersedia untuk membelanya. Komitmen pada rutin harian yang sibuk takut terlepas pandang pulak kucing2 tu nanti.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya sokong! ^^ Kesian pula kalau kucing2 terbiar saja. Kalau boleh, nak bela kucing tu dengan penuh kasih sayang, macam ahli keluarga. hehe XD

      Delete

You can leave your backlinks: <a href="URL">Title</a>

W3Counter